Sunday, 20 January 2013

Fatih Seferagic




Assalamualaikum..



































































Siapa Fatih Seferagic? ahaha.. mesti ramai yang dah tau...
Tapi saya baru tau tadi.. =p.. ( lambat betul kan)
Bagi yang belum tau, eloklah ambil tau. Sebab beliau salah seorang permata agama Islam.
Nah biografi beliau yang saya copy dari encik facebook.. =)





My nationality is Bosnian, but I was born in Germany. I moved to the USA at the age of 4. I lived in Baltimore, MD for 7 years where I completed my Hifdh at the Islamic Society of Baltimore under Shaykh Qari Zahid & Qari Abid. I moved to Dallas for 10 months to study classical Arabic at Bayyinah's Dream program. I currently live in Houston, TX as a student and a Qur'an Teacher.

Yep.. Dia seorang hafiz, yang memiliki suara yang lunak mengalunkan ayat suci Al-Quran..
Dia tak menggunakan suara dia untuk menyanyi sehingga menyebabkan orang lain lalai.. =)
Sungguh! Dialah yang sepatutnya kita sokong.. bukan si Justin Bibiaq Bieber bukan juga PSY si oppa gangnam yang tergedik-gedik atas pentas tu.. Yang langsung tak bantu kita cari jalan ke syurga.
Saya cukup kagum dengan Fatih yang mampu berdiri teguh dengan title Islam walaupun hidup di negara yang dikelilingi orang kap fa ra.. (kafir) =)
Ironinya, kita yang sangat bertuah tinggal di bumi Malaysia, bumi Islam ini, pegangan agama kita rapuh serapuh rapuhnya.. ish ish ish..
Dia mampu hafal Al-Quran, kita? Juzuk amma pun merangkak-rangkak.. Sesungguhnya, saya sedang mengumpat diri sendiri..  Dush. =(
Tapi sungguhlah. tinggal di negara bukan Islam, buatkan kita rasa bersyukur kerana kita ada Islam dalam hati kita. Sebab dekat sana yang salah dan betul tu jelas kelihatan. Dekat sana hanya ada hitam dan putih. Betul dan salah. Contohnya, diorang bebas amalkan zina which is SALAH, sedangkan kita perlu jauhi zina which is BETUL. kan kan?
Tapi dekat sini, ye dekat MALAYSIA banyak warna kelabu. sebab yang betul dan salah dah bercampur.
Zina still haram dekat negara ni, tapi mendekati zina ( buka aurat, laki perempuan saling berpegangan, khalwat, bla bla) dah macam halal pulak..
Semua takut nak pertahankan Islam.. kenapa? sebab kita lemah.. Macam mana nak kuat.? kembalilah kepada Al-Quran dan Sunnah..



May Allah bless him dan selamatkan dia dari hanyut dalam
populariti.


 Ni Facebook dia. [KLIK SINI]
Silalah dengar.. [klik sini]



Terjemahan ayat 1 – 11, surah Al-Mu’minun

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

1.        Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman
2.        Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyang;
3.        Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia;
4.        Dan mereka yang berusaha membersihkan hartanya (dengan menunaikan zakat harta itu);
5.        Dan mereka yang menjaga kehormatannya,
6.        Kecuali kepada isterinya atau hamba sahaya, maka sesungguhnya mereka tidak tercela:
7.        Kemudian, sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas;
8.        Dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya;
9.        Dan mereka yang tetap memelihara sembahyang;
10.     Mereka itulah orang-orang yang berhak mewarisi-
11.     Yang akan mewarisi syurga Firdaus; mereka kekal di dalamnya.

Hadis pulak :

'Barangsiapa yang membaca Al-Quran dan mengamalkannya, dengan iaitu bapanya akan memakai mahkota di hari Kiamat, cahayanya lebih baik dari cahaya matahari di rumah dunia, apakah keraguan kamu dengan amalan ini?' - [Hadith riwayat Al-hakim dan Shahih; dan riwayat Abu Daud]."




Nota kaki:
Teringat Sultan Muhammad Al-Fateh =)

Friday, 11 January 2013

Tip Jawab Essey SPM Tanpa Tension

Assalamualaikum.....
















































Amaran.. Tip ini hanya untuk digunakan dalam subjek selain BM, Bi, dan sastera.!
Contohnya.. Biology, Fizik, Kimia, Sains etc.. sejarah pun boleh, tapi better korang tanya cikgu dulu la.
Kalau korang guna jugak dalam BM dan BI, korang tanggunglah sendiri.. hahaha =D
                                  
Caranya.. kita boleh jawab satu ayat satu baris.. Tak faham? Macam ni...
The solution is a hypertonic solution.
Water diffuse out of the large central vacuole.
Vacuole and cytoplasm lose water to the surrounding.
This phenomenon is called plasmolysis.


Nampak tak? setiap satu ayat kita akan guna baris baru..
Paling penting jangan letak any bullets.. kalau tak, bukan essei lah namanya.. =p
silap-silap korang dapat half mark aje..
Kan kita tak tension bila nak semak.. kemas elok je..
examiner pun senang nak bagi markah or nak pangkah.. hehe =p
Membantu tak? cuba dulu..
InsyaAllah boleh..
Maaflah saya tak boleh nak tolong bagi cara nak generate idea untuk essey sebab cara nak dapat idea tu hanyalah dengan cara baca dan baca dan baca..
kalau tak baca gunalah petua apa pun tetap TENSION!
       
                              
credit to my teachers who allowed their students to use this strategy! =)
~ sir lee (yang bagi idea)
~cikgu osman
~cikgu hidayah
~cikgu sapina
~cikgu husni
~cikgu aziah

Firman Allah:
1. bacalah (Wahai Muhammad) Dengan nama Tuhanmu Yang menciptakan (sekalian makhluk),
 2. ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; 
3. Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah, 
4. Yang mengajar manusia melalui Pena dan tulisan,
 5. ia mengajarkan manusia apa Yang tidak diketahuinya.
(al-alaq : 1-5 )


Hadis :
Daripada Anas bin Malik r.a., bersabda Rasullullah s.a.w.: "Menuntu ilmu adalah wajib ke atas setiap Muslim."
( Riwayat Ibn Majah dan Abu Ya’la )


Tragedi Mencari Surau


Assalamualaikum.......
























































Ha.. tajuk macam cerita seram tak laku je.. Tiada kes pembunuhan dalam entry ini ye.. =p
Pada tahun 2011, saya mengikuti satu rombongan dengan my mom. Dalam rombongan ini kami dibawa ke sebuah pusat membeli belah di negeri **** ( bukan shopping complex).
Ish ish memang besor la tempat tu.. Nak dijadikan cerita waktu tu dah masuk waktu asar yakni dah dekat pukul enam kalau tak silap la..
Memandangkan saya belum solat, kami pun berjalan jalan untuk mencari surau..
Jalan punya jalan terjumpalah sebuah surau kecil di errr.. sebuah kedai makan?
Surau tu bersebelahan (melekat ) dengan kedai tersebut. Apa yang mengejutkan saya tempat ambil wuduknya di luar! Yang mana pengunjung kedai itu boleh melihat secara jelas lagi realiti!
Okey, betul itu tempat wuduk lelaki..
Anehnya kenapa ada kanak-kanak PEREMPUAN ambil wuduk di situ?
Okey, diorang kecil lagi.. tak kisahlah..
Saya pun jalanlah ke bahagian perempuan..
MasyaAllah.. apa yang buat saya terkejut beruk + marah petala kelapan ialah tiada tempat wuduk untuk kaum Hawa. TIADA!!
Yang ada hanyalah sebuah tandas yang tak sanggup saya nak ceritakan betapa bersihnya  jijiknya keadaannya.. =( .... Tak aci betul.
Saya pasti ramai yang lebih sanggup tinggalkan solat daripada berwuduk di dalamnya.
Sudahlah tiada paip berasingan sehingga terpaksa memakai paip yang digunakan untuk mencuci apa yang sepatutnya dicuci selepas berhadas.. Ish ish ish teruk kan??
Saya pun memang tak sanggup nak buka selipar untuk memijak lantai..
Jadinya saya terpaksa merelakan selipar saya basah.. selipar kain pulak tu.. =(
Saya terfikir, adakah pihak yang sepatutnya bertanggungjawab terlupa bahawa kaum wanita  memerlukan tempat berwuduk yang TERLINDUNG. bukan tandas.. diulangi bukan tandas!
Kami mahu melaksanakan perkra yang Allah wajibkan iaitu solat, jadi adakah pada masa yang sama kami perlu melakukan perkara yang Allah murkai dengan berwuduk di hadapan umum dalam keadaan aurat kami terdedah?
Saya terpaksa juga solat di situ memandangkan tiada masa untuk mencari surau lain.. takut waktu solat habis sebab tempat tu sangat besar.. kalau tak jumpa surau lain lagi haru!
Lagipun saya belum menunaikan solat Zuhur kerana saya mahu melakukan jamak taakhir..
Memang menyesal la saya tak solat jamak takdim sebelumnya T.T..
Selesai berwuduk, saya pun menuju ke ruang solat.. (terpaksa bertudung semula kerana tandas pun di luar..ish ish ish..) Semaknya! itulah perkataan pertama yang terdaftar dalam kepala saya. Telekung di sana sini.. Mujurlah walaupun semak tetap bersih..Dapatlah solat dengan tenang..
Itulah kisah saya tentang surau + tempat wuduk + tandas..
Apa yang saya kesalkan, ketiga-tiganya ialah perkara asas yang WAJIB disediakan di situ memandangkan majoriti pengunjungnya ialah orang Melayu = orang Islam..
Kebersihan antara penentu sah atau tidak solat kita..
So, pengajarannya jagalah kebersihan tak kira di mana jua kita berada.. bukankah kebersihan itu sebahagian daripada iman?
Dan jangan tangguh solat macam saya! Hehe.. kalau berpeluang untuk melakukan jamak takdim ketika bermusafir, buatlah.. kita tak tahu apa akan jadi pada kita jika kita tangguhkan solat itu..
             
                                             
 
Firman Allah :
Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertaubat dan menyukai orang-orang yang mensucikan diri” (Al-Baqarah: 222)



Hadis pula :
“Diriwayatkan Abu Hurairah r.a. dia berkata : Rasulullah saw bersabda : Jika aku tidak menjadikan berat umatku, maka sungguh aku perintahkan bersiwak (menggosok gigi) setiap hendak shalat”. (HR Bukhari )




                                                   
Nota kaki : kalau saya ada tersalah tentang solat jamak atau apa2 tolong betulkan ye..
Saya budak baru belajar.. =)

Saturday, 5 January 2013

Berubah hanya kerana Dia..

I have watching this video and it gives me the spirit to write something about " berubahlah " that kept wandering in my mind.  ( nak cakap omputih pulak =p)
Yes change! but to what ?
To a better servant because we are Allah's servant right?
Everybody has their own past life.
Some have bad past life, and the other have meaningful past life.
But then, the life actually had maturing us to become who we are now.

Jika anda rasa masa lalu anda penuh dengan dosa, then what else are we waiting for?
Berubahlah..
Saat ajal akan tiba bila-bila masa.
Tiada kompromi walau siapa pun kita.

"Apabila sampai ajal maut seseorang itu, ia tidak dapat ditunda atau dipercepat, walau sesaat pun"  
Surah Al-'Araf -Ayat 34

Jika anda rasa masa lalu anda sangat bahagia, dilimpahi keseronokan duniawi, kemewahan..
bersyukurlah..
Ada insan yang tidak pernah merasai semua nikmat itu.
Jangan sombong, jangan takbur kerana orang yang tidak pernah susah, sekali hidup susah, pasti terseksa.


So.. talking about berubah, I have two things to share.
Try them if you don't know what you have to do to be a better Muslim. =)
 They are novels! haha.. I love novels. Try read them, I'm sure you'll fall in love too.
Both are Hlovate's masterpiece.


First of all, Versus.


versus.. the hardest battle is when you are against yourself. - Ashraff Omar.


By the way, ini novel MELAYU ye..
Kisah ini mengisahkan tentang seorang girl ex-skater, Minn Edina yang berubah ke arah lebih baik for her atuk's sake.
Not for Allah sake.
Selepas dia berubah, dia dipertemukan dengan a guy, Ashraff Omar (AO) yang juga seorang skater.
AO ni fall in love dengan Minn, and dia sanggup berubah, tinggalkan dunia dia yang penuh kelalaian untuk bagi diri dia layak untuk berdampingan dengan Minn Edina yang pada masa tu dah berubah 540 degree.
But, sekejap lepas tu, perasaan untuk kenal siapa Dia menyelinap dalam hati AO.

Initially, yes. Sebab perempuan. Tapi somehow aku terasa apa yang kau cakap tu tak lama lepas tu. From Him that I came, for Him that I will be returned. Sepatutnya aku hidup untuk itu.- Ashraff Omar.


Perubahan AO ketara di mata Minn apabila AO pulang ke Malaysia dari Australia dan mengajaknya ke satu kem ukhuwah. 
Di kem itu Minn berkenalan dengan Jasmin,seorang wanita solehah yang turut mengenali AO.
Minn mula berasa AO terlampau baik untuk dirinya dan bertindak menjauhi AO kerana dia berpendapat Jasmin lebih layak untuk AO.

Aku tak mampu berdiri di sebelah lelaki itu..
It felt so wrong.
Like I don't belong. ~ Minn Edina


Namun, tindakannya menjauhi AO langsung tidak menjejaskan persahabatannya dengan Jasmin.
Melalui Jasmin, Minn Edina berubah menjadi lebih baik.

c'mon, Minn. You've made it through from being an Ed'Sassin to a Minn. Why stop from being a better Minn? ~ Minn Edina.

Dan Minn Edina dan Ashraff Omar bertemu semula di Macquarie..
Yang ni memang sweet. 
The ending? baca la..^^
 Novel ni turut define erti 'baik' menurut pandangan ISLAM  not pandangan masyarakat.
Konklusinya, novel ni tentang perubahan kerana CINTA.
Cinta kepada teman istimewa..
Cinta kepada keluarga..
Dan paling penting cinta kepada Allah S.W.T..


The second novel is Contengan Jalanan..




Novel ni ada 2 part atau cerita yang saling berkaitan.
Cerita 1 : Fend
Cerita 2 : K2


Novel ni bukan tentang cintan cintun..
Yes ada cinta tapi lebih kepada cinta kepada Allah dan cinta kepada keluarga..
Novel ini tentang.. ERTI HIDUP..
Apa erti hidup kita?
Apa tujuan kita hidup?

Quote yang sangat famous dalam novel ni tentang The Eleventh Hour :

The man who decided to change on the 12th hour dies on the 11th..

Yes.. it is deep. Boleh hadam?? =)

Sekarang baru faham erti hidup. Hidup bukan hanya diertikan dengan not muzik atau warna-warna. Hidup bukan hanya diertikan dengan kejar harta dan kerjaya. Hidup bukan hanya diertikan dengan kejar cita-cita. Hidup bahagia bukan hanya diertikan dengan senyum ketawa riang gembira.
Hidup itu untuk akhirat.
Living here for the hereafter. 

Bacalah.. InsyaAllah you'll get something..



Kemudian, sesungguhnya Tuhanmu (mengampuni) bagi orang-orang yang mengerjakan kesalahan kerana kejahilannya, kemudian mereka bertaubat sesudah itu dan memperbaiki ( dirinya ), sesungguhnya Tuhanmu sesudah itu benar-benar Maha Pengampun lagi Maha Penyanyang. ~ (an-Nahl : 119)

Hadis?

"The Prophet S.A.W also urged the Muslims to prepare for death and to take provisions for the hereafter, He said : be in this world like a stranger, or a wayfarer."
(Narrated by Bukhari)


sekian...


TRUE MUCH