Thursday 24 January 2013

The Chosen One- Muhammad S.A.W



Assalamualaikum...


Ayahandanya bernama Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim.
Ibundanya bernama Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf.

Ya.. Saya sedang mengatakan tentang baginda Rasulullah SAW..
Nyata kelahiran baginda pada tanggal 12 RabiulAwal merupakan rahmat bagi sekalian alam.
Dan rahmat itu tak pernah terhenti walaupun selepas kewafatan baginda. =')

Bagindalah yang memikul segala tanggungjawab untuk menyebarkan agama Islam kepada umatnya.
Bukan senang.
Bukan sedikit kesakitannya.
Tapi tidak pernah baginda berputus asa.
Kerana kasih dan sayangnya baginda kepada umatnya.
Kepada kita..=')

Tapi sayangkah kita kepada baginda SAW?
Kita diam berpeluk tubuh apabila melihat kafir laknatullah menghina baginda.
Kita begitu mudah memaafkan mereka yang menghina Islam, menghina baginda.
Sedangkan kita punya undang-undang.
Dan diri kita sendiri sanggup meninggalkan apa yang baginda tinggalkan kepada kita.


" Bukan aku tak nak pakai tudung.. tapi belum sampai seru.."

Kasihan Rasulullah.. Baginda berpenat lelah menyampaikan seruan Al-Quran..
Tetapi kita sewenang-wenangnya menafikan seruan itu..


" Tak payah nak sibuk pasal dosa aku.. Kubur kita lain-lain.."

Kasihan Rasulullah.. Baginda berusaha menyelamatkan umatnya daripada azab Allah.
Tetapi kita langsung tak menghargai, malah berani menjebakkan diri dalam kebinasaan.



Kita tak pernah rasa dicerca, diganggu ketika beribadah.
Kita tak pernah rasa menempuh perjalan yang jauh dan sukar untuk selamatkan akidah.
Kita tak pernah rasa berperang ketika sedang berpuasa.
Tapi junjungan besar Rasulullah SAW merasai semua itu.

Sungguh kita bertuah.
Lahir ketika Islam berdiri teguh di muka bumi.

Walaupun kita tidak pernah bersua muka dengan baginda, baginda tidak pernah melupakan kita.
Kita dijanjikan syafaat baginda.
Kita dijanjikan menjadi umat pertama yang akan memasuki jannah..=)
Kita diberikan panduan yang cukup lengkap.

“Sudah ku tinggalkan untuk kamu dua perkara, kamu tidak akan sesat sepeninggalan ku jika kamu berpegang kepada kedua-duanya iaitu Kitab Allah (Al Quran) dan Sunnah ku.”




Ya Rasulullah.. maafkan aku kerana tidak menyayangimu seperti mana engkau menyanyangiku..
Andai baginda masih ada.. gembirakah baginda dengan keadaan kita?

sesungguhnya baginda merindui kita..

Suasana di majlis pertemuan itu hening sejenak. Semua yang hadir diam membatu. Mereka seperti sedang memikirkan sesuatu. Lebih-lebih lagi Saidina Abu Bakar.

Itulah pertama kali dia mendengar orang yang sangat dikasihi melafazkan pengakuan demikian.
Seulas senyuman yang sedia terukir dibibirnya pun terungkai.Wajahnya yang tenang berubah warna."Apakah maksudmu berkata demikian wahai Rasulullah? Bukankah kami ini saudara-saudaramu? " Saidina Abu Bakar bertanya melepaskan gumpalan teka-teki yang mula menyerabut fikiran.

"Tidak, wahai Abu Bakar. Kamu semua adalah sahabat-sahabatku tetapi bukan saudara-saudaraku (ikhwan)," suara Rasulullah bernada rendah.

"Kami juga ikhwanmu, wahai Rasulullah," kata seorang sahabat yang lain pula.
Rasulullah menggeleng-gelangkan kepalanya perlahan-lahan sambil tersenyum.
Kemudian baginda bersuara, "Saudaraku ialah mereka yang belum pernah melihatku tetapi mereka beriman denganku sebagai Rasulullah dan mereka sangat mencintaiku. Malahan kecintaan mereka kepadaku melebihi cinta mereka kepada anak-anak dan orang tua mereka."

Pada ketika yang lain pula, Rasulullah menceritakan tentang keimanan 'ikhwan' baginda: "Siapakah yang paling ajaib imannya?" tanya Rasulullah.
"Malaikat," jawab sahabat.
"Bagaimana para malaikat tidak beriman kepada Allah sedangkan mereka sentiasa hampir dengan Allah," jelas Rasulullah.
Para sahabat terdiam seketika. Kemudian mereka berkata lagi, "Para nabi."
"Bagaimana para nabi tidak beriman, sedangkan wahyu diturunkan kepada mereka."
"Mungkin kami," celah seorang sahabat.
"Bagaimana kamu tidak beriman sedangkan aku berada ditengah-tengah kau," pintas Rasulullah menyangkal hujah sahabatnya itu.
"Kalau begitu, hanya Allah dan Rasul-Nya sahaja yang lebih mengetahui," jawab seorang sahabat lagi, mengakui kelemahan mereka.
"Kalau kamu ingin tahu siapa mereka? Mereka ialah umatku yang hidup selepasku. Mereka membaca Al Quran dan beriman dengan semua isinya. Berbahagialah orang yang dapat berjumpa dan beriman denganku. Dan tujuh kali lebih berbahagia orang yang beriman denganku tetapi tidak pernah berjumpa denganku," jelas Rasulullah.
"Aku sungguh rindu hendak bertemu dengan mereka," ucap Rasulullah lagi setelah seketika membisu.

Ada berbaur kesayuan pada ucapannya itu.










KASIH PADAMU YA RASULULLAH- HAFIZ HAMIDUN

Rasulullah dalam sirahMu
 Ku temu tulusnya cinta
Demi umatMu berkorban jiwa
Sehingga hujung nyawa

Kau di utus atas nama Kebenaran
Dengan fasih lidah beri penjelasan
Sabar dalam apa jua keadaan
Tak goyah dengan ranjau tekanan

Walau diri bisa menakluki takhta
Tetap rendah hati penuh sederhana
Segalanya demi LillahiTaala
Azimat yang berharga

Rasulullah dengan hikmahMu
Terpancar syiar agama
Mengubah gelap Menjadi terang
Menghapus jahiliyah

Rasulullah Engkau tinggalkan
Semangat juang tertinggi
Membina satu aqidah
Membangun Iman dan dilapangan Mujahadah

Dari hadith dan AlQuran
Menjadi sumber cahaya pedoman
Hanya itu yang Kau wariskan
Akan selamat di dunia akhirat

Rasulullah Terlalu Rindu
Padamu Junjungan Jiwa
Didalam senda yang utama
Menyambungkan kasih denganMu

Rasulullah dalam sirahMu
Ku temu tulusnya cinta
Demi umatMu berkorban jiwa
Sehingga hujung nyawa

Rasulullah dengan hikmahMu
Terpancar syiar agama
Mengubah gelap Menjadi terang
Menghapus jahiliyah

Ya Rasulullah Ya HabibAllah
Pabila terkenangMu mengalir air mataku…..


Lirik di copy dari MARIA ELENA
dengarkan di SINI







INSAN YANG PALING SAYA CINTAI..




p/s : 3 picture kartun: credited to LUKISAN DAKWAH ISLAM
        betulkan andai saya salah



Kami...
Sayang...
Rasulullah SAW...





No comments:

Post a Comment