Assalamualaikum..
Tahun lepas banyak kali saya rasa macam kena tindih ketika tidur..
Tapi tak adalah pulak rasa ada makhluk lain tindih.. huhu.. Nauzubillah...
Istilah saintifiknya SLEEP PARALYSIS..
Mula-mula selalu jadi waktu MALAM.. Tapi dah lama-lama dia asyik jadi kalau saya tidur lepas Subuh.. harharhar.. Itulah bahananya tidur pas Subuh?? huhu..
Seksanya tak tahu nak cakap kalau kena.. berulang-ulang pulak tu dalam tidur yang sama!
Mula-mula rasa macam badan kena masuk dalam washing machine dan diputar pada kelajuan yang sangat tinggi.. huhu.. Fening kepala woo..
Then bila saya buka mata.. jeng jeng jeng.. saya nampak.. mestilah nampak bilik saya.. hehe..
Actually bila buka mata pandangan saya akan jadi kabur dan rasa macam mata separuh terbuka saja..
Bila nak gerakkan tangan memang tak boleh..! Kadang-kadang rasa macam saya dah gerakkan tangan tu, tapi tangan tu cantik je landing kat tempat yang sama... tak bergerak hatta seinci pun..=(
Nak menjerit pun tak boleh.. suara tersekat kat kerongkong.. just bunyi 'hmm' 'hmm' =(
Baca doa pun dalam hati jugak.. mujurlah Allah tak lumpukan hati dan ingatan.. =')
So, memang seriklah bila first time kena.. Lepas2 tu saya make sure kalau tidur saya akan letak tangan atas perut. Bila jadi sleep paralysis ni saya akan bernafas cepat-cepat, so perut pun akan bergerak dengan lajunya.
Pergerakan perut akan menggerakkan tangan saya di atasnya dan akan menyedarkan saya kembali..
Power tak saya punya prevention? harharhar..=p
Better lepas tu kita tukar posisi tidur kita..
huhu..
ini secebis maklumat dari pak cik wikipedia..
Kelumpuhan tidur merujuk kepada keadaan lumpuh ketika tidur ataupun ketika bangun tidur. Mereka yang mengalami kelumpuhan tidur pada kebiasaannya akan mengalami masalah untuk menggerakkan anggota badan, tidak berupaya untuk bersuara dan sebagainya. Kelumpuhan tidur juga biasanya di datangi dengan halusinasi seram atau mimpi ngeri.Kelumpuhan tidur berlaku dalam keadaan pesakit separuh sedar, selalunya akan tidak sedar sama ada mereka sedang tidur atau pun dalam keadaan jaga sewaktu mengalami lumpuh tidur. Ia juga kebiasaannya berlaku dalam kedudukan tidur melentang atau dada menghadap ke atas.
~ saya tak ada sindrom halusinasi or mimpi ngeri tu..=)
~ selalu jadi kalau tidur telentang. tapi lama-kelamaan dia
serang tak kira posisi..=(
~ eh! pak cik wiki tak sebut pasal sindrom
washing machine? =(
Alhamdulillah.. sekarang dah jarang sangat jadi.. mungkin dulu tension sangat..
11 |
Surah AnNaml. Ayat 086.
Tidakkah mereka memerhatikan bahawa Kami telah menjadikan malam untuk mereka berehat padanya dan menjadikan siang terang-benderang? Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi kaum yang beriman.
|
Pesan Nabi sebelum tidur - 1 minit sahaja
Perkara Sebelum Tidur( Tafsir Haqqi )
Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra : "Ya Aisyah jangan
engkau tidur sebelum melakukan empat perkara, yaitu :
1. Sebelum khatam Al Qur'an,
2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhir,
3. Sebelum para muslim meredhai kamu,
4. Sebelum kau laksanakan haji dan umroh....
"Bertanya Aisyah :
"Ya Rasulullah.. .. Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika?"
Rasul tersenyum dan bersabda : "Jika engkau tidur bacalah :
#1. Al Ikhlas tiga kali seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur'an.
#2. Membacalah selawat untukKu dan para nabi sebelum aku, maka kami semua akan memberi syafaat di hari kiamat.
#3. Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredoi kamu.
#4. Dan,perbanyaklah bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir maka seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umroh"
Sekian untuk ingatan kita bersama.
Kalau rajin..Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Muslim yang lain. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati
No comments:
Post a Comment