Friday 11 January 2013

Tragedi Mencari Surau


Assalamualaikum.......
























































Ha.. tajuk macam cerita seram tak laku je.. Tiada kes pembunuhan dalam entry ini ye.. =p
Pada tahun 2011, saya mengikuti satu rombongan dengan my mom. Dalam rombongan ini kami dibawa ke sebuah pusat membeli belah di negeri **** ( bukan shopping complex).
Ish ish memang besor la tempat tu.. Nak dijadikan cerita waktu tu dah masuk waktu asar yakni dah dekat pukul enam kalau tak silap la..
Memandangkan saya belum solat, kami pun berjalan jalan untuk mencari surau..
Jalan punya jalan terjumpalah sebuah surau kecil di errr.. sebuah kedai makan?
Surau tu bersebelahan (melekat ) dengan kedai tersebut. Apa yang mengejutkan saya tempat ambil wuduknya di luar! Yang mana pengunjung kedai itu boleh melihat secara jelas lagi realiti!
Okey, betul itu tempat wuduk lelaki..
Anehnya kenapa ada kanak-kanak PEREMPUAN ambil wuduk di situ?
Okey, diorang kecil lagi.. tak kisahlah..
Saya pun jalanlah ke bahagian perempuan..
MasyaAllah.. apa yang buat saya terkejut beruk + marah petala kelapan ialah tiada tempat wuduk untuk kaum Hawa. TIADA!!
Yang ada hanyalah sebuah tandas yang tak sanggup saya nak ceritakan betapa bersihnya  jijiknya keadaannya.. =( .... Tak aci betul.
Saya pasti ramai yang lebih sanggup tinggalkan solat daripada berwuduk di dalamnya.
Sudahlah tiada paip berasingan sehingga terpaksa memakai paip yang digunakan untuk mencuci apa yang sepatutnya dicuci selepas berhadas.. Ish ish ish teruk kan??
Saya pun memang tak sanggup nak buka selipar untuk memijak lantai..
Jadinya saya terpaksa merelakan selipar saya basah.. selipar kain pulak tu.. =(
Saya terfikir, adakah pihak yang sepatutnya bertanggungjawab terlupa bahawa kaum wanita  memerlukan tempat berwuduk yang TERLINDUNG. bukan tandas.. diulangi bukan tandas!
Kami mahu melaksanakan perkra yang Allah wajibkan iaitu solat, jadi adakah pada masa yang sama kami perlu melakukan perkara yang Allah murkai dengan berwuduk di hadapan umum dalam keadaan aurat kami terdedah?
Saya terpaksa juga solat di situ memandangkan tiada masa untuk mencari surau lain.. takut waktu solat habis sebab tempat tu sangat besar.. kalau tak jumpa surau lain lagi haru!
Lagipun saya belum menunaikan solat Zuhur kerana saya mahu melakukan jamak taakhir..
Memang menyesal la saya tak solat jamak takdim sebelumnya T.T..
Selesai berwuduk, saya pun menuju ke ruang solat.. (terpaksa bertudung semula kerana tandas pun di luar..ish ish ish..) Semaknya! itulah perkataan pertama yang terdaftar dalam kepala saya. Telekung di sana sini.. Mujurlah walaupun semak tetap bersih..Dapatlah solat dengan tenang..
Itulah kisah saya tentang surau + tempat wuduk + tandas..
Apa yang saya kesalkan, ketiga-tiganya ialah perkara asas yang WAJIB disediakan di situ memandangkan majoriti pengunjungnya ialah orang Melayu = orang Islam..
Kebersihan antara penentu sah atau tidak solat kita..
So, pengajarannya jagalah kebersihan tak kira di mana jua kita berada.. bukankah kebersihan itu sebahagian daripada iman?
Dan jangan tangguh solat macam saya! Hehe.. kalau berpeluang untuk melakukan jamak takdim ketika bermusafir, buatlah.. kita tak tahu apa akan jadi pada kita jika kita tangguhkan solat itu..
             
                                             
 
Firman Allah :
Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertaubat dan menyukai orang-orang yang mensucikan diri” (Al-Baqarah: 222)



Hadis pula :
“Diriwayatkan Abu Hurairah r.a. dia berkata : Rasulullah saw bersabda : Jika aku tidak menjadikan berat umatku, maka sungguh aku perintahkan bersiwak (menggosok gigi) setiap hendak shalat”. (HR Bukhari )




                                                   
Nota kaki : kalau saya ada tersalah tentang solat jamak atau apa2 tolong betulkan ye..
Saya budak baru belajar.. =)

No comments:

Post a Comment