Saturday 15 December 2012

Anugerah




Nur memandang kad jemputan ke majlis makan malam yang dipegang di tangan kanannya.
Sekilas dia melihat dirinya melalui cermin panjang di dalam bilik kecil bercat hijau itu.
Dia tersenyum melihat baju kurung berwarna merah hati yang dijahit sendiri oleh ibunya tersarung kemas di tubuhnya.
Tudung berwarna merah jambu yang tersangkut di kepala diperkemaskan.
" Okey lah kut.." Dalam mindanya terbayang warna-warni pakaian yang akan dipakai oleh rakan-rakan yang lain.
" pin pin"
Kereta yang dinanti telah tiba.
Dia menyarung stoking lantas menyalami ibunya dan hilang ke dalam perut kereta.
Kereta menyusur laju menuju ke destinasi.

................................................................................................................
Perit!
Baru 5 minit berada di lobi Grand Hotel, pipinya terasa perit ditampar realiti.
Realiti yang benar-benar dia lupa.
Lupa bahawa majlis ini dihadiri oleh anak-anak golongan berada.
Hancur berkecai bayangannya mengenai pakaian mereka yang sopan dan menyerupai pakaian yang disarungnya.
Hakikatnya apa yang terhidang di layar matanya hanyalah gadis-gadis yang memakai skirt singkat, evening dress, dress labuh yang terbelah sana sini, ketat menampakkan bentuk tubuh sehingga mencemarkan imej hijab yang terdapat di atas kepala.
Sedangkan dia? Hanya memakai baju kurung biasa bukan juga baju kurung potongan moden.
Pandangan mata yang menyapa batang tubuhnya hanya dia balas dengan senyuman tawar.
" Ujian apa ini ya Allah.." hatinya tanpa sedar mengeluh.
Terasa canggung berada di sekelompok insan yang berdandan cantik.

"Nur, malulah aku nak duduk dengan diorang" Ainul sahabat karibnya tiba-tiba menyapa.
Rupa-rupanya Ainul juga berasa kekok seperti apa yang dia rasa.
" Pedulikan je. Janji pakaian kita menutup aurat " ayat itu meluncur laju dari bibir Nur. Mungkin untuk menyedapkan hati sahabatnya dan juga hatinya sendiri.

...........................................................................................................
Masa dirasakan terlalu lambat berlalu.
Entah kenapa Nur tetap tidak senang duduk apabila senyuman sinis menyapanya.
Ya, apa yang hendak dimalukan. Dia hanya berpakaian seperti ketetapan syariat.
Jauh di sudut hatinya dia berasa berdosa kerana malu dengan pakaiannya ini.
" Ya Allah, tenangkanlah hati ini, peliharalah hati ini.." tidak putus-putus dia menitipkan doa kepada Yang Maha Esa.

Cabutan bertuah yang diadakan dihiasi dengan pekik sorak seisi dewan.
Betapa Nur bersyukur kerana dia tidak terpilih untuk menerima 20 hadiah yang ditawarkan.

" Hey, jom tangkap gambar kelas." Siti menepuk bahunya sambil memberi isyarat untuk keluar daripada dewan.

Sebelum keluar matanya terpandang seseorang yang membuat hatinya berdegup kencang.
Kemeja merah berjalur putih yang dipakainya dengan lengan kemeja itu dilipat sehingga ke paras siku membuat si pemakai tampak menarik.
Seluar jeans hitam menambahkan kesegakkan pemakai.
Betapa Nur rasa dia tidak layak berdampingan dengan lelaki itu seperti gadis-gadis yang sedang mengelilinginya.
Lantas dia mempercepatkan langkah menuju ke luar dewan.

.............................................................................................................
" Okey, now kami ada surprise nak bagi. Ada satu hadiah yang sangat menarik. And siapakah yang bertuah itu?? jeng jeng jeng.. jom kita cabut."
" Nombor... 171 !!!"

"Nur!!!" rakan-rakan semejanya menjerit namanya dengan tepukan gemuruh.
Nur melangkah ke pentas dengan teragak-agak sambil membawa bersama kad cabutan bertuah yang tertera nombor 171.
Tidak dapat digambarkan rasa malu yang menemani setiap langkahnya.
Dia pasti banyak mata-mata yang memerhati pakaiannya yang sangat outdated dan mungkin ada yang berfikir pakaiannya tidak bersesuaian dengan majlis.


" Sila berikan sepatah dua kata." ujar si emcee sambil menghulur mikrofon ke mulutnya.
Ek?? apahal kena berucap pulak ni?? tak cakap tak boleh ke?? hatinya meronta-ronta dengan muka merah padam apatah lagi melihat hadirin ternanti kata-katanya.
Tiba-tiba satu kata-kata terlintas di fikirannya.
Dengan lafaz salam dia menuturkan " anugerah yang paling berharga dalam diri kita ialah kalimah Laillahaillallah. peliharalah anugerah ini sebaiknya."
Seisi dewan tersenyap.
Ya, dia hanya mengulangi nasihat aktor Pierre Andre.
Entah kenapa hatinya yang gundah gulana menjadi tenang tiba-tiba.
Ketika dia mula melangkah, sekali lagi matanya menyapa lelaki berkemeja merah.
Nur tidak dapat mentafsirkan riak yang terdapat pada wajah itu.
Lantas dia mengalihkan pandangan ke arah lain dan terus melangkah ke tempat duduknya dengan hati yang betul-betul tenang.

Ya.. dia tahu dia perlu menghargai kalimah tersebut dan salah satu caranya berpakaian menepati syariat biarpun diperlekehkan umum.
" Terima kasih Ya Allah atas petunjukMu ini..
  Terima kasih Ya Allah atas ketenangan ini.."
Nur tersenyum lagi sambil memandang ke arah Samsung Galaxy S3 yang kini menjadi miliknya.

Alhamdulillah...




...Pesanan Penaja...
kisah ini telah di'hiperbola'kan dan ditokok tambah oleh saya berdasarkan pengalaman seorang insan.
siapa? biarlah rahsia..
the moral of the story: biar buruk pada pandangan manusia, asal cantik pada pandangan Allah


segmen hadis:

Wahai Asma’ sesungguhnya seorang wanita itu apabila telah baligh (haidh) maka tidak boleh baginya menampakkan tubuhnya kecuali ini dan ini, seraya menunjukkan wajah dan telapak tangannya.” [HR Abu Dawud]




seindah hiasan adalah wanita solehah..~




Friday 14 December 2012

SPM

SPM??  Selalu Penat Memanjang     - Sijil Pelajaran Malaysia



Actually ada beberapa fakta klise yang selalu dikaitkan dengan SPM sedangkan hakikatnya
fakta itu salah sama sekali!
(..tak tau la if this only happen to me?..)

1. SOALAN SPM LAGI SENANG BERBANDING TRIAL
tetttt!! salah!!

bedasarkan kajian (cewah) soalan SPM 2012, hanya add math and math are easier than trial.
oh tak tahu la if untuk calon negeri lain 2 subject ni susah,
sebab soalan trial berbeza ikut negeri kan.
tapi sebagai penduduk negeri kayangan, for me soalan calculations untuk trial lebih susah.

and for the other subjects ( science stream) BM,BI yada yada mmang lebih susah than trial.
oppss.. BI ok la~


2. SOALAN SPM AKAN SENANG UNTUK BANTU PELAJAR LEMAH
tetttt! salah!

mungkin la ada certain soalan yang tutup dua-dua mata pun boleh jawab.. tapi itu soalan minoriti ye..
SPM 2012-
biology - ada soalan yang kalau tak terbaca pasal tu memang wassalam.
hakikatnya soalan nya memang.... : (
and this second fact is absolutely wrong.
( from my point of view la )

3. SOALAN SPOT BOLEH BANTU UNTUK LAST MINUTE STUDY
tetttt! salah!!!

hanya 10 % kut soalan spot yang keluar untuk SPM 2012..
tu pun sipi-sipi..
so, the moral of the story, soalan spot memang tak boleh pakai..
hanya menyebabkan kita menangis tak berlagu kalau tak keluar dalam soalan.
so. if nak study ikut spot pun boleh, cuma jangan taasub sangat.. tengok2 juga subtopik yang terpencil.
orait?

tu je la kut cliche facts yang sering dimomokkan kepada calon-calon SPM
maybe I'm wrong after all? I don't know. but, those were my experiences..
maybe next SPM dah jadi macam lain.
so man jadda wa jadda..!! aja aja fighting! ganbatte!
where there's a will there's a way, yes?

Yang penting jangan gelabah.
Ibarat kata cikgu saya, harung saja.
and, jangan sama sekali semak jawapan kita after each paper!
a big no-no. sebab if kita tau kesalahan kita, emosi akan sangat terganggu. ( I have experienced it before) =p
so, chill.. senang jer SPM nih.. haha..


selamat berjaya, usaha,doa,tawakal.
He knows best for us.

 Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah niscaya Dia akan mengadakan baginya jalan ke luar. Dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah, niscaya Allah akan mencukupkannya (mencukupkan keperluannya).” (QS. At-Thalaq: 2-3)

dan sabar
O you who have believed, seek help through patience and prayer. Indeed, Allah is with the patient. 
(Surat Al-Baqarah 2:153)



Hadis apa yee..


Dari Abu Bakar r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda: 
"Jadilah kamu seorang yang alim, atau orang yang belajar ilmu agama, atau orang yang gemar mendengar pengajian agama dengan teliti, atau menjadi orang yang mencintai ilmu dan ahli ilmu. Dan jangan kamu menjadi orang yang kelima, yang mana kamu akan binasa. Kelima ialah kamu membenci ilmu dan ahli ilmu". 
(HR Tabrani)

Thursday 13 December 2012

Selamat Tinggal :(

When SPM is over I have to say
Selamat tinggal SMK Derma
Selamat tinggal 5 Arif
Selamat tinggal cikgu-cikgu
Selamat tinggal kawan-kawan
Selamat tinggal baju kurung sekolah
Selamat tinggal kasut hitam sekolah

Yeah, it's really hard to let something that surround me for 13 years go..
Tempat jatuh lagi dikenang inikan pula tempat menimba ilmu, tempat bergelak ketawa,
tempat tiada duka melainkan suka belaka..
But then, it is life.. setiap yang mula pasti ada akhirnya.
tepat jam 3.30 petang 27 Nov 2012 my school days are over forever.
tapi kenangan tu akan terpahat kukuh di hati sebab nothing can replace zaman sekolah di dunia ni.

so, hadis seterusnya?
Rasulullah SAW menggambarkan dalam sebuah hadisnya; Daripada Abu Hurairah ra. bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda; "Tidaklah seorang muslim mendapatkan kelelahan, sakit, kecemasan, kesedihan, bahaya dan juga kesusahan, hingga duri yang menusuknya, melainkan Allah akan menghapuskan dosa-dosanya dengan hal tersebut". (HR. Bukhari & Muslim)

Salam Harum manis

Assalamualaikum..
I am just an ordinary human beings.
I always write broken English ( at least i'm trying huh)
Sometimes there are few silly mistakes, thus your help is really appreciated.
I am not good in writing but I love to thinking something outside the box and yeah the best way to share them   
are through typing and writing.
Do I am a story-teller then? nope, i don't.
I hope writing will help me to improve my English, enlarge my vocabularies.
  till then!

# Hadis pilihan kali ini,
Hadith :
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: ”Orang pintar ialah sesiapa yang memuliakan dirinya serta membuat persediaan untuk kehidupan selepas mati, sementara orang bodoh ialah sesiapa yang membiarkan dirinya mengikut hawa nafsu serta mengharapkan cita-citanya dikabulkan oleh Allah.”

Riwayat at-Tirmidzi