Saturday, 15 December 2012
Anugerah
Nur memandang kad jemputan ke majlis makan malam yang dipegang di tangan kanannya.
Sekilas dia melihat dirinya melalui cermin panjang di dalam bilik kecil bercat hijau itu.
Dia tersenyum melihat baju kurung berwarna merah hati yang dijahit sendiri oleh ibunya tersarung kemas di tubuhnya.
Tudung berwarna merah jambu yang tersangkut di kepala diperkemaskan.
" Okey lah kut.." Dalam mindanya terbayang warna-warni pakaian yang akan dipakai oleh rakan-rakan yang lain.
" pin pin"
Kereta yang dinanti telah tiba.
Dia menyarung stoking lantas menyalami ibunya dan hilang ke dalam perut kereta.
Kereta menyusur laju menuju ke destinasi.
................................................................................................................
Perit!
Baru 5 minit berada di lobi Grand Hotel, pipinya terasa perit ditampar realiti.
Realiti yang benar-benar dia lupa.
Lupa bahawa majlis ini dihadiri oleh anak-anak golongan berada.
Hancur berkecai bayangannya mengenai pakaian mereka yang sopan dan menyerupai pakaian yang disarungnya.
Hakikatnya apa yang terhidang di layar matanya hanyalah gadis-gadis yang memakai skirt singkat, evening dress, dress labuh yang terbelah sana sini, ketat menampakkan bentuk tubuh sehingga mencemarkan imej hijab yang terdapat di atas kepala.
Sedangkan dia? Hanya memakai baju kurung biasa bukan juga baju kurung potongan moden.
Pandangan mata yang menyapa batang tubuhnya hanya dia balas dengan senyuman tawar.
" Ujian apa ini ya Allah.." hatinya tanpa sedar mengeluh.
Terasa canggung berada di sekelompok insan yang berdandan cantik.
"Nur, malulah aku nak duduk dengan diorang" Ainul sahabat karibnya tiba-tiba menyapa.
Rupa-rupanya Ainul juga berasa kekok seperti apa yang dia rasa.
" Pedulikan je. Janji pakaian kita menutup aurat " ayat itu meluncur laju dari bibir Nur. Mungkin untuk menyedapkan hati sahabatnya dan juga hatinya sendiri.
...........................................................................................................
Masa dirasakan terlalu lambat berlalu.
Entah kenapa Nur tetap tidak senang duduk apabila senyuman sinis menyapanya.
Ya, apa yang hendak dimalukan. Dia hanya berpakaian seperti ketetapan syariat.
Jauh di sudut hatinya dia berasa berdosa kerana malu dengan pakaiannya ini.
" Ya Allah, tenangkanlah hati ini, peliharalah hati ini.." tidak putus-putus dia menitipkan doa kepada Yang Maha Esa.
Cabutan bertuah yang diadakan dihiasi dengan pekik sorak seisi dewan.
Betapa Nur bersyukur kerana dia tidak terpilih untuk menerima 20 hadiah yang ditawarkan.
" Hey, jom tangkap gambar kelas." Siti menepuk bahunya sambil memberi isyarat untuk keluar daripada dewan.
Sebelum keluar matanya terpandang seseorang yang membuat hatinya berdegup kencang.
Kemeja merah berjalur putih yang dipakainya dengan lengan kemeja itu dilipat sehingga ke paras siku membuat si pemakai tampak menarik.
Seluar jeans hitam menambahkan kesegakkan pemakai.
Betapa Nur rasa dia tidak layak berdampingan dengan lelaki itu seperti gadis-gadis yang sedang mengelilinginya.
Lantas dia mempercepatkan langkah menuju ke luar dewan.
.............................................................................................................
" Okey, now kami ada surprise nak bagi. Ada satu hadiah yang sangat menarik. And siapakah yang bertuah itu?? jeng jeng jeng.. jom kita cabut."
" Nombor... 171 !!!"
"Nur!!!" rakan-rakan semejanya menjerit namanya dengan tepukan gemuruh.
Nur melangkah ke pentas dengan teragak-agak sambil membawa bersama kad cabutan bertuah yang tertera nombor 171.
Tidak dapat digambarkan rasa malu yang menemani setiap langkahnya.
Dia pasti banyak mata-mata yang memerhati pakaiannya yang sangat outdated dan mungkin ada yang berfikir pakaiannya tidak bersesuaian dengan majlis.
" Sila berikan sepatah dua kata." ujar si emcee sambil menghulur mikrofon ke mulutnya.
Ek?? apahal kena berucap pulak ni?? tak cakap tak boleh ke?? hatinya meronta-ronta dengan muka merah padam apatah lagi melihat hadirin ternanti kata-katanya.
Tiba-tiba satu kata-kata terlintas di fikirannya.
Dengan lafaz salam dia menuturkan " anugerah yang paling berharga dalam diri kita ialah kalimah Laillahaillallah. peliharalah anugerah ini sebaiknya."
Seisi dewan tersenyap.
Ya, dia hanya mengulangi nasihat aktor Pierre Andre.
Entah kenapa hatinya yang gundah gulana menjadi tenang tiba-tiba.
Ketika dia mula melangkah, sekali lagi matanya menyapa lelaki berkemeja merah.
Nur tidak dapat mentafsirkan riak yang terdapat pada wajah itu.
Lantas dia mengalihkan pandangan ke arah lain dan terus melangkah ke tempat duduknya dengan hati yang betul-betul tenang.
Ya.. dia tahu dia perlu menghargai kalimah tersebut dan salah satu caranya berpakaian menepati syariat biarpun diperlekehkan umum.
" Terima kasih Ya Allah atas petunjukMu ini..
Terima kasih Ya Allah atas ketenangan ini.."
Nur tersenyum lagi sambil memandang ke arah Samsung Galaxy S3 yang kini menjadi miliknya.
Alhamdulillah...
...Pesanan Penaja...
kisah ini telah di'hiperbola'kan dan ditokok tambah oleh saya berdasarkan pengalaman seorang insan.
siapa? biarlah rahsia..
the moral of the story: biar buruk pada pandangan manusia, asal cantik pada pandangan Allah
segmen hadis:
“Wahai Asma’ sesungguhnya seorang wanita itu apabila telah baligh (haidh) maka tidak boleh baginya menampakkan tubuhnya kecuali ini dan ini, seraya menunjukkan wajah dan telapak tangannya.” [HR Abu Dawud]
seindah hiasan adalah wanita solehah..~
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment