Sunday 24 February 2013

Kisah Pemuda Dengan 3 Soalan


ASSALAMUALAIKUM..

Seorang pemuda berjalan-jalan di dalam sebuah kampung untuk bertanyakan jawapan kepada tiga soalan. Semua penduduk kampung yang gagal menjawab soalannya akan dibunuh. Pada suatu hari dia terserempak dengan seorang lelaki tua, lantas dia bertanyakan soalan-soalan tersebut.

PEMUDA : Pak cik mesti jawab soalan saya! Jika tidak pak cik akan dibunuh!

LELAKI TUA : Baiklah. Apakah soalannya?

PEMUDA : Soalan pertama - Apakah yang dimaksudkan dengan TAKDIR?
                   Soalan kedua - Buktikan bahawa Tuhan itu wujud.
                   Soalan ketiga - Mengapa syaitan akan dimasukkan ke dalam neraka ? Bukankah dirinya dicipta dari api? Tentulah tidak akan berasa sakit?

PANGG!!

Lelaki tua itu menampar pipi pemuda bengis itu.


PEMUDA : Berani pak cik menampar saya??! Pak cik mahu saya bunuh pak cik??

LELAKI TUA : Itulah jawapan bagi kesemua soalan kamu.

PEMUDA : Maksud pak cik?

LELAKI TUA : Adakah kamu bermimpi bahawa kamu akan ditampar pada hari ini?

PEMUDA : Tidak..

LELAKI TUA : Nah.. Itulah TAKDIR.

PEMUDA :  ............

LELAKI TUA : Pipi kamu diperbuat daripada kulit. Begitu juga tapak tangan saya.
                         Apa yang kamu rasa apabila saya menampar kamu?

PEMUDA : Sakit..

LELAKI TUA : Begitu juga syaitan. Tentulah akan berasa sakit apabila dicampak ke dalam neraka.

PEMUDA :   .............

LELAKI TUA : Kamu berasa sakit kan apabila saya menampar kamu?
                         Ini bermaksud sakit itu wujud.
                         Adakah kamu nampak sakit itu?

PEMUDA : [geleng]

LELAKI TUA : Begitu juga Tuhan. Kita rasa akan kewujudanNya walaupun kita tidak melihatNya.

PEMUDA : [insaf]

....END....

                


# kisah ini tiba-tiba terlintas di fikiran saya. Saya pernah membacanya di dalam Majalah KAWAN bertahun-tahun lalu ketika di alam sekolah rendah..(karya kartunis Dee kalau tak silap)
Lebih kurang itulah penceritaannya..


Edisi agak baru

Tapi saya baca edisi yang lama.. yang saiznya sebesar MASTIKA. yang dalam gambar saiznya dah besorr.

Ehh promote pulak..=p Bacalah ye.

So the moral of the story, tak tahu tanya! Tapi janganlah membunuh seperti kisah di atas! Huhu besar dosanya.. Nauzubillah..






      

No comments:

Post a Comment